Rishi Sunak Ikrar Bawa UK Ke Persada Lebih Tinggi! Ini Janji Beliau!

389

Rishi Sunak berkata pada hari Selasa beliau tidak gentar dengan cabaran yang bakal dihadapi beliau dalam fasa menjadi perdana menteri. Beliau , berikrar untuk memulihkan kepercayaan, membina semula keyakinan dan memimpin negara ditengah krisis ekonomi yang berlaku.

Bekas pimpinan syarikat pelindung dana, Sunak telah berada dalam arena politik selama tujuh tahun itu mula memegang tampuk pentadbiran telah ditugaskan untuk menamatkan perbalahan dan perselisihan di Westminster dimana ia telah menggerunkan pelabur dan sekutu antarabangsa.

“Saya mengakui sepenuhnya betapa sukarnya perkara itu,” kata beliau di luar kediaman perdana menteri di Downing Street. Dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa ” Saya juga faham bahawa saya mempunyai kerja yang perlu dilakukan untuk memulihkan kepercayaan, selepas semua itu telah berlaku. Apa yang boleh saya katakan ialah saya tidak gentar. Saya tahu tanggungjawab jawatan yang saya terima dan saya berharap dapat memenuhi tuntutannya.”

Sunak yang turut merupakan salah seorang lelaki terkaya di parlimen itu dijangka akan menambah perbelanjaan dalam sekitar 40 bilion pound ($45 bilion) bagi menutup lubang yang bocor dalam perbelanjaan awam yang disebabkan oleh kelembapan ekonomi, kos pinjaman yang lebih tinggi dan program sokongan selama enam bulan untuk rakyat.

Dengan populariti partinya yang kian meningkat, Sunak berkemungkinan berhadapan desakan untuk adanya pilihan raya jika beliau tidak dapat mempelancarkan manifesto dasar yang memilih Parti Konservatif pada 2019.

Ahli ekonomi dan pelabur berkata pelantikan Sunak akan menenangkan pasaran. Akhir sekali Sunak turut berikrar untuk meletakkan keperluan orang ramai di atas politik. Apatah lagi situasi pada ketika ini semakin tegang dengan rakyat bergelut dengan kdar inflasi yang tinggi dan harga tenaga kian meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat