Rishi Sunak Umumkan Pakej Rangsangan Baru – Skim Sokongan Pekerjaan!

324

Menteri kewangan Britain, Rishi Sunak mengumumkan langkah rangsangan baru iaitu skim sokongan pekerjaan baru pada hari Khamis. Langkah rangsangan ini akan dapat membatu syarikat menambah bilangan pekerjaan dalam waktu yang singkat namun beliau memberi amaran bahawa pakej rangsangan ini tidak dapat menyelamatkan setiap pekerjaan atau pekerjaan.

Sunak menyatakan di hadapan parlimen, bahawa pentadbiran UK akan membantu menyelesaikan isu gaji dalam kalangan pekerja dan membantu syarikat perniagaan mengekalkan pekerja.

Tambah Sunak, skim ini akan bermula dilaksanakan pada bulan November selama 6 bulan dan terbuka untuk semua syarikat perniagaan kecil dan sederhana. Bagi syarikat berkapasiti besar hanya layak jika ‘turnover’ syarikat jatuh semasa krisis.

Pentadbiran dan majikan akan meningkatkan gaji para pekerja sebagai bayaran balik yang merangkumi dua per tiga gaji para pekerja yang telah hilang semasa krisis disebabkan pengurangan waktu kerja.

Matawang pound mencatat pengukuhan seabnyak 0.13% berbanding US dolar pada paras tukaran 1.2742 setakat jam 10.05 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat