Risiko Kemelesetan Ekonomi – Kesilapan Fed Atau Trump?

447

Pada minggu ini, pelabur semakin merasakan kebimbangan dengan petunjuk-petunjuk yang hadir seakan memberi bayangan ke arah kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat selepas berkembang pesat pada tahun lalu.

Timbul persoalan yang berlegar dalam pasaran mengenai kejutan yang berlaku ini adalah disebabkan oleh perang dagang yang dicetuskan oleh Presiden Donald Trump ataupun kesilapan keputusan yang dibuat oleh penggubal polisi Federal Reserve (Fed).

Setelah pasaran bon mengalami kejatuhan pada Rabu dan indeks-indeks saham utama yang terjejas, Donald Trump meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas Fed yang berterusan menaikkan kadar faedah sehingga penghujung tahun lalu.

Dengan kenaikan kadar faedah sehingga empat kali pada tahun lalu, Trump mengatakan tindakan yang diambil oleh Fed terlalu drastik dan pada masa sekarang sudah terlewat untuk memperbetulkan keadaan semula.

Fed sebelum ini melihat ekonomi akan berkembang kukuh dan mengimbangi kadar yang lebih tinggi didorong oleh pakej potongan cukai besar-besaran dengan nilai $1.5 trilion dolar serta rancangan perbelanjaan oleh pentadbiran Trump.

Pada ketika itu, risiko ke arah kemelesetan dilihat sangat rendah. Namun retorik perdagangan Trump dan pelaksanaan tarif terhadap rakan dagang Amerika Syarikat membuatkan kebimbangan para pelabur semakin meningkat.

Aliran perdagangan global merudum. Pertumbuhan ekonomi di Jerman menguncup untuk suku kedua dan data perindustrian China pula mencatatkan pertumbuhan pada kadar terendah lebih tempoh 17 tahun.

Jika ingin dikatakan bahawa Fed tersilap langkah dalam membuat keputusan, itu berkemungkinan tidak dapat dielakkan memandangkan cabaran yang dihadapi bank pusat tersebut untuk mengimbangi pendekatan tidak menentu Trump dalam polisi perdagangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat