Risiko Politik Termasuk Brexit Punca Emas didagang Lebih Tinggi!

36

Emas melonjak dalam sesi Asia pada Isnin setelah mengambil kesempatan terhadap kebimbangan risiko politik, termasuklah langkah Britain yang akan diteruskan untuk keluar dari Kesatuan Eropah secara rasmi setelah bercuti.

Menurut Reuters, Perdana Menteri, Theresa May akan menyatakan bagaimana kerajaan beliau merancang untuk mengembalikan kedaulatan undang-undang Britain pada Khamis dan menerbitkan kertas terperinci mengenai perincian terhadap “undang-undang Kesatuan Eropah”.

Harga emas meningkat sebanyak 0.73 peratus kepada $1,252.90 di Comex New York Merchantile Exchange.

Pada minggu depan, pelabur akan memantau perkembangan politik di Amerika Syarikat termasuk rancangan pembaharuan dasar cukai oleh Donald Trump.

Rancangan fiskal Trump dijangka akan merangsang pertumbuhan dan inflasi dan telah menolak US Dollar ke paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun pada minggu -minggu selepas pilihanraya.

Namun begitu, matawang itu melemah selepas White House mempunyai kesukaran untuk memenuhi agenda perundangannya.

Minggu lepas, harga emas kembali mendapat keuntungan namun masih kekal terhad disebabkan kebimbangan terhadap keupayaan pentadbiran Trump untuk menaikkan ekonomi melalui agenda beliau.

Dalam masa yang sama, pelabur juga menilai kegagalan pentadbiran Trump dalam merombak program penjagaan kesihatan sebagai halangan untuk Trump mengotakan janjinya termasuk rancangan pemotongan cukai korporat, pembaharuan kawal selia dan perbelanjaan infrastruktur.

Ini Yang Terjadi kepada Greenback disaat Dasar Kesihatan Trump Gagal Mendapat Undian Majoriti!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat