Ini Yang Terjadi kepada Greenback disaat Dasar Kesihatan Trump Gagal Mendapat Undian Majoriti!

49

US Dollar memulakan dagangan menjunam dalam sesi Asia pada Isnin untuk peluang rangsangan fiskal selanjutnya dari Amerika Syarikat selepas kekalahan Trump terhadap pakej rancangan kesihatan bagi menggantikan Obamacare.

US Dollar menjunam setengah peratus berbanding Yen ke tahap yang lebih rendah iaitu 110.78.

Euro pula kali terakhir dinilai meningkat 0.37 peratus berbanding matawang utama yang lain.

Pasaran ini sedang meninjau hala tuju dasar percukaian dan perbelanjaan infrastuktur Amerika Syarikat selepas kegagalan rang undang-undang penjagaan kesihatan oleh Trump.

Menurut Tom Porcelli, Ketua Ekonomi di Pasaran Modal RBC Amerika Syarikat, kekalahan Trump ini telah menggelincirkan tanggapan positif terhadap keseluruhan agenda Trump.

Dalam masa yang sama, penganalisis dar ANZ Bank juga menambah bahawa ketidaktentuan dasar fiskal dan sentimen perniagaan akan meninggalkan kesan terhadap pertumbuhan.

Tandakan Event-Event Penting di dalam Kalendar Bagi Sepanjang Minggu Ini! (27-31 Mac 2017)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat