Tandakan Event-Event Penting di dalam Kalendar Bagi Sepanjang Minggu Ini! (27-31 Mac 2017)

92

US Dollar bergelut di paras terendah dan diteliti rapat oleh kebanyakan pelabur dan Kongres pada minggu lepas gara-gara risiko politik. Berikut adalah event penting yang bakal menjadi tumpuan pada minggu ini.
1.Data perniagaan iklim Jerman IFO – 27 Mac 2017 (Isnin, 4.00pm)

Indeks ini meningkat pada bulan Februari, sejajar dengan unjuran bank pusat terhadap pertumbuhan ekonomi. Keadaan ekonomi semasa meningkat kepada 118.4 daripada 116.9 dengan jangkaan peningkatan kepada 104 daripada 103.2. Ekonomi Jerman meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh lima tahun sebelum ini dan dijangka meneruskan trend ini pada tahun 2017 walaupun terdapat ketidaktentuan di dalam blok. Justeru, keyakinan perniagaan Jerman dijangka akan terus meningkat pada 111.2 pada bulan Mac.

2.Keyakinan pengguna AS – 28 Mac 2017 (Selasa, 10.00pm)

Data ini meningkat sehingga 114.8 pada Februari iaitu bacaan yang tertinggi sejak Julai 2001, berbanding jangkaan 111. Secara keseluruhannya, pengguna menjangkakan bahawa ekonomi akan terus berkembang pada bulan akan datang dengan keyakinan pengguna diramal pada 113.9.

  1. Ucapan Stephen Poloz – 28 Mac 2017 (Selasa, 10.10pm)

Gabenor Bank of Canada, Stephen Poloz akan berucap di Oshawa. Awal bulan ini, Poloz memberi amaran tentang ketidakpastian terhadap ekonomi Kanada baru-baru ini terutamanya yang berkaitan dengan hal ehwal perlindungan perdagangan dan cukai perdagangan.

  1. Laporan stok minyak mentah Amerika Syarikat – 29 Mac (Rabu, 10.30pm)

Pada minggu berakhir 17 Mac lalu, harga minyak mentah merosot kepada angka yang paling rendah sejak November apabila data minyak mentah Amerika Syarikat mencecah rekod sebanyak 5 juta tong. Kenaikan berganda ini melepasi jangkaan kenaikan sebanyak 1.9 juta tong. Laporan ini dalam masa yang sama mengganggu perjanjian OPEc dan non-OPEC untuk mengurangkan bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari pada separuh pertama tahun 2017.

  1. Data KDNK Amerika Syarikat – 30 Mac (Khamis, 8.30pm)

Ekonomi Amerika Syarikat berkembang pada 3.5 peratus pada suku ketiga tahun 2016, mencatat pertumbuhan yang terbaik dalam dua tahun. Namun bagi suku keempat ekonomi hanya meningkat pada 1.9 peratus menurut bacaan kedua. Pasaran kini menantikan bacaan ketiga dan keempat dengan jangkaan peningkatan kepada 2 peratus.

  1. Data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat – 30 Mac (Khamis, 8.30pm)

Bilangan pekerja yang memfailkan tuntutan untuk faedah pengangguran meningkat ke paras yang tertinggi dalam tempoh tujuh minggu iaitu 258,000 pada minggu berakhir 18 Mac. Pakar ekonomi juga menjangkakan peningkatan sebanyak 240,000 tuntutan. Purata tuntutan pengangguran meningkat kepada 240,000 daripada 239,000 pada minggu sebelumnya.

9 Sebab Forex Trading Pekerjaan Terbaik Di Dunia, Nombor Sembilan Paling Best!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat