Risiko Politik Terus Selubungi Pasaran? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

61

US dolar secara keseluruhan mendapat sedikit penguatan walaupun matawang Eropah agak lemah pada hari ini di mana pasaran masih diselubungi oleh risiko politik.

Emas pula masih didagang stabil dengan bergerak dalam julat yang rendah dan ketika ini didagang di sekitar 1283.40.

Setiausaha Perbendaharaan US atau Menteri Kewangan US, Steve Mnuchin menyatakan perancangan perubahan cukai akan diperkenalkan dalam masa terdekat dan ia dijangka akan diluluskan sebelum penghujung 2017. Komen beliau telah menyokong Wallstreet dengan S&P 500 naik 0.8% dalam sesi dagangan Khamis.

Keadaan pasaran yang berisiko sebelum ini telah stabil dengan permintaan emas juga semakin berkurangan berbanding minggu lepas semasa ketegangan geopolitik memuncak antara US dan Korea Utara. Kita dapat lihat keadaan semasa dengan penguatan US dolar berbanding Yen sejak dua hari lepas.

Matawang US dolar ketika ini dilihat sukar untuk naik sejak sesi Asia pada Jumaat di mana emas pula mendapat sedikit kenaikan walaupun pasaran masih bergerak dalam keadaan ‘ranging‘.

US dolar mendapat kenaikan berbanding Euro semasa sesi Eropah dengan Eur/Usd jatuh 50 pip meneruskan kejatuhan semalam berikutan risiko serangan di Paris.

Keadaan berisiko ketika ini juga semakin penting kepada aset ‘safe haven‘ seperti emas, perak, Yen, CHF, dan bon dengan perhatian kini terarah kepada pilihanraya Presiden Perancis.

Pasaran melihat prestasi positif oleh Le Pen dalam pilihanraya ini adalah risiko kepada pasaran dan akan menyokong emas dan aset selamat yang lain. Tidak lupa juga Euro akan berada di bawah tekanan jika Le Pen memenangi pilihanraya pusingan pertama pada Ahad ini.

Sekarang, yang paling penting ialah adakah Le Pen mampu terpilih daripada salah seorang dua calon yang akan bertanding dalam pusingan kedua. Kini pasaran melihat pertemuan Le Pen dengan Macron adalah kurang berisiko dengan Macron adalah calon kegemaran ketika ini.

Risiko semakin meningkat jika Macron gagal dan Le Pen layak ke pusingan kedua.

Ketegangan di Korea Utara juga terus berlarutan walaupun kesannya kepada pasaran semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, kebimbangan terus terasa dengan potensi ujian peluru berpandu Korea Utara minggu depan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat