Risk-Off! EUR/USD Sambung Terjun 130 Pips Ke Paras Terendah Terbaru Lagi

364

Seperti yang dibimbangi para pelabur dalam pasaran awal minggu, sentimen pasaran kembali berisiko ekoran ketegangan krisis perang Rusia-Ukraine terus menghangat.

Walaupun masih dalam fasa rundingan, namun Rusia terus meningkatkan pencerobohan dan serangan ke atas Ukraine sehingga semalam.

Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa pencerobohan tidak akan terhenti sehingga objektifnya tercapai.

Justeru, pergerakan harga pada dagangan Selasa semalam kembali agresif semula selepas mendatar pada pembukaan pasaran awal minggu.

US dolar kembali paparkan pengukuhan semula dan memberi tekanan terhadap mata wang utama lain yang sedikit meningkat sebelumnya.

Menepati ramalan penganalisis, sentimen risk-off pasaran kembali mendorong penurunan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam dengan penurunan harian dicatatkan sekitar 140 pips.

Sedikit meningkat pada sesi Eropah semalam, harga kemudiannya menjunam bersambung ke sesi New York sehingga mencecah paras terendah terbaru sekitar 1.10900 melepasi paras terendah minggu lalu.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) sebagai petunjuk trend bearish, penurunan harga dijangka akan diteruskan lagi untuk menuju sasaran zon support 1.1000.

Namun jika keputusan rundingan adalah positif, berkemungkinan sentimen pasaran akan memulih semula dan US dolar bakal pamerkan penyusutan.

Harga boleh meningkat semula dan paras rintangan awal yang bakal diuji adalah pada 1.12000.

Kenaikan lebih tinggi pula akan menguji zon tumpuan 1.12700 sebelum menuju pula zon SBR (support become resistance) 1.14000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat