Rizab Simpanan Makin Susut, Pentadbiran Biden Umum Beli Semula Minyak!

204

Jabatan Tenaga Amerika Syarikat mengumumkan bahawa ia akan mula membeli semula minyak untuk Rizab Petroleum Strategik (SPR) sebanyak 3 juta tong pada Februari.

Ini merupakan pembelian pertama sejak rekod keluaran 180 juta tong dilakukan tahun ini daripada simpanan stok.

Sebagai rekod, Presiden Joe Biden mengumumkan penjualan tersebut pada akhir Mac untuk memerangi lonjakan harga petrol yang meningkatkan inflasi selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine bermula.

Rentetan itu, paras jualan susut dalam SPR kepada kira-kira 380 juta tong ke paras terendah sejak 1984, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan tenaga.

White House sebelum ini mengatakan ia akan membeli balik minyak untuk SPR apabila harga berada pada atau di bawah sekitar $67 hingga $72 setong.

Bagaimanapun, niaga hadapan semasa untuk WTI Amerika Syarikat didagangkan pada $75 setong.

Pun begitu, pegawai Jabatan Tenaga AS mengatakan mereka akan menjadi lebih fleksibel dalam perihal ini, sambil menambah bahawa kedudukan harga sekarang adalah sesuai untuk mempertimbangkan pembelian balik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat