“Adakah Robinhood takut untuk beri sokongan kepada token yang dilabelkan sebagai sekuriti?’
Susulan ditakrifkan sebagai sekuriti dalam tuntutan mahkamah Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) terhadap Coinbase, platform dagangan popular Robinhood bakal menamatkan sokongan untuk Cardano (ADA), Polygon (MATIC) dan Solana (SOL) pada 27 Jun 2023.
Namun, para pengguna masih dibenarkan berdagang atau memindahkan tiga mata wang kripto itu sehingga token ditinggalkan dalam akaun mereka akan dijual secara automatik untuk nilai pasaran pada tarikh akhir tersebut.
Memang tidak dinafikan tindakan itu telah dilakukan sebagai sebahagian daripada semakan biasa Robinhood terhadap kripto, tetapi ia adalah satu-satunya token disenaraikan pada platform dagangan tersebut yang dinamakan sebagai sekuriti oleh SEC.
Selepas penyahsenaraian berikut, Robinhood akan menawarkan dagangan untuk 15 kripto seperti Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Dogecoin (DOGE) dan Avalanche (AVAX), di mana kesemuanya tidak tremasuk dalam tuntutan SEC itu.
Semasa di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Robinhood berkata mereka sedang berada dalam proses mendaftar sebagai broker aset digital tanpa mendapatkan SEC membimbingnya berhubung pematuhan kripto walaupun kakitangan agensi itu ingin membantu.
Hal ini kerana mereka telah menjalani proses itu selama 16 bulan bersama kakitangan SEC namun proses tersebut secara tiba-tiba berakhir pada Mac 2023 dan pasukannya tidak dapat melihat sebarang hasil, ulas Dan Gallagher, ketua peguam pematuhan Robinhood Markets.
Sebagai rekod, SOL dan ADA telah menolak dakwaan yang mengatakan ia adalah sekuriti manakala MATIC pula enggan beri sebarang ulasan selepas ketiga-tiga aset digital tersebut terkesan disebabkan tindakan agresif SEC.