Rumah Mewah $3.7 Juta Eksekutif FTX Dirampas Kerajaan AS!

250

“Kesiannya, nanti satu hal kena fikir rumah mana nak duduk bila bercuti.”

Jurutera Utama syarikat exchanger mata wang kripto FTX, Nishad Singh yang membeli rumah percutian bernilai $3.7 juta di kepulauan San Juan pada Oktober lalu telah dirampas oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Secara konteks, rumah tersebut yang terletak di atas bukit berhutan, mempunyai enam bilik tidur, kolam dan tab mandi panas telah dibeli dua minggu sebelum FTX menghadapi kebankrapan.

Dilaporkan bahawa Singh terpaksa akur dengan kehilangan aset tersebut selepas mengaku bersalah atas pelbagai pertuduhan seperti penipuan wayar, pengubahan wang haram dan pelanggaran kewangan berkempen.

Sungguhpun Singh membeli rumah tersebut melalui wang daripada akaun FTX miliknya, pihak berkuasa sungguh percaya dana itu dikaitkan secara langsung dengan jenayahnya.

Menurut pendakwa raya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX, Sam Bankman-Fried (SBF) dan rakan sekutunya menyalahgunakan dana syarikat untuk kegunaan peribadi bagi berdagang di Alameda Research.

Bukan itu sahaja, sebuah badan amal dikaitkan FTX telah menggunakan dana untuk membeli rumah agam berjuta-juta dolar di Republik Czech pada Julai 2022.

Umum mengetahui Singh juga dipaksa untuk kehilangan jumlah sahamnya sementara SBF melihat saham Robinhood bernilai $470 juta telah dirampas oleh Bahagian Keadilan (DOJ) pada Februari.

Dimaklumkan, SBF mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan dakwaannya tetapi rakan eksekutif Singh, co-founder FTX Gary Wang dan CEO Alameda Research Caroline Ellison mengaku kesalahan jenayah dilakukan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat