Rundingan Dagang AS-China Goyah, USD/JPY Bergerak Ke Paras Lebih Rendah

205

Pelabur kekal berhati-hati dalam suasana tidak menentu pasaran ekoran ketidakpastian pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Matawang safe-haven Yen akan mengambil kesempatan untuk meneruskan pengukuhan sementara dagangan dolar USD bergerak lemah dalam pasaran.

Keyakinan terhadap rundingan semakin goyah apabila Presiden AS Donald Trump memberi amaran untuk menaikkan tarif jika perjanjian bersama China gagal dicapai.

Sementara China turut tidak menyenangi tindakan Amerika Syarikat yang campur tangan dalam urusan di Hong Kong di tengah-tengah ketegangan rusuhan yang berlaku.

Berdasarkan pergerakan matawang, Yen berjaya memberi tekanan terhadap USD dan dapat dilihat harga cenderung membuat penurunan pada carta pasangan matawang USD/JPY.

Sejak dua hari yang lalu, harga menunjukkan corak pergerakan yang sama iaitu menunjukkan kenaikan pada sesi Asia sebelum kembali menurun semula pada sesi New York.

Harga kini bergerak di bawah paras garisan halangan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan kecenderungan penurunan harga.

Bersambung pada dagangan hari ini, harga bergerak mendatar pada sesi Asia sebelum penurunan diteruskan pada sesi pasaran Eropah.

Penurunan harga menuju zon support sekitar 108.300 yang diuji pada dagangan minggu lalu.

Penurunan lebih rendah bakal mencatatkan paras terendah bulanan yang terbaru pada carta USD/JPY.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras tumpuan pada 108.600 bakal ditembusi harga begitu juga garisan halangan MA50.

Harga yang berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi dilihat akan menuju pula pada paras 109.000 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) yang terhampir.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat