Rupanya Gabenor Bank Pusat Rusia Pernah Cuba Letak Jawatan, Tapi…

1,864

Gabenor Bank Pusat Rusia, Elvira Nabiullina cuba meletakkan jawatan selepas Presiden Vladimir Putin mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine, tetapi keputusan tersebut ditolak oleh Putin.

Nabiullina, digemari oleh pelabur dan dipuji oleh penerbitan termasuk Euromoney dan The Banker sebagai salah satu penggubal dasar monetari terbaik dunia, kini berdepan cabaran besar susulan sekatan antarabangsa dan penyusutan pelaburan.

Beliau cuba meninggalkan posisinya tetapi ia dikhabarkan tidak diterima dan perletakkan jawatannya mungkin akan dilihat sebagai pengkhianatan oleh Putin.

Namun, beliau perlu menanggung beban berat daripada peperangan yang berlaku, lebih-lebih lagi selepas mata wang negara itu, Rubel, jatuh ke paras terendah sepanjang masa disebabkan tindakan Putin.

Susulan kejatuhan tersebut, beliau juga terpaksa bertindak agresif dengan menaikkan kadar faedah sehingga lebih dua kali ganda bagi mengekang impak perang tersebut membadai ekonomi Rusia.

Terima kasih kepada tindakan tersebut, mata wang rubel sedikit pulih dengan mempamerkan prestasi terbaiknya untuk bulan ini berbanding US dolar, pada 90.50.

Bagaimanapun, bank pusat itu mengatakan ia terpaksa melepaskan campur tangan untuk mempertahankan rubel selepas sekatan antarabangsa yang telah membekukan lebih separuh daripada $643 bilion rizabnya.

Pada awal bulan ini, Putin menyatakan keyakinan beliau bahawa Rusia akan mengatasi kesukaran ekonomi semasa dan bangkit lebih kuat setelah disekat oleh negara-negara Barat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat