Rupanya Ini Sebab Mengapa Polygon (MATIC) Tak Goyah!

2,374

Dalam kegawatan pasaran kripto, Polygon (MATIC) dilihat bertahan di paras yang selesa.

MATIC sebelum ini menyaksikan lonjakan harga sebanyak 274% daripada $0.76 kepada $2.87.

Bagaimanapun, penyusutan Bitcoin (BTC) turut mengheret MATIC, susut 64% sehingga mencecah $1.01, sebelum memulih ketika harga raja kripto berterusan mencatatkan penurunan.

Ketika penulisan, MATIC didagangkan pada $1.36, meningkat hampir 17% dalam 24 jam.

Pengukuhan MATIC tidak lain tidak bukan didorong oleh kekuatan rangkaian Polygon.

Berdasarkan rekod, nilai pasaran MATIC mencatatkan nilai $8.16 bilion, didorong oleh jumlah alamat wallet yang memiliki baki minimum setakat minggu lepas mencapai ketinggian 81.83 ribu. Manakala, untuk rekod year-to-date (YTD), MATIC menerima 61,720 pelabur baharu.

Lebih ramai menyertai rangkaian ini bermakna semakin meningkat aktiviti di rangkaian Polygon, diikuti dengan permintaan pembangunan Dapps yang meningkat.

Secara tidak langsung, jumlah transaksi meningkat 47 kali ganda bagi rekod YTD dan harga MATIC telah melonjak 96 kali ganda, sejajar dengan perkembangan Polygon.

Melalui dukungan yang menguat, menjadikan MATIC semakin berkurang didominasi oleh Bitcoin. Malah, tidak keterlaluan untuk menyifatkan matawang ini mampu untuk mengukuh secara bersendirian dan menjadi alternatif kepada para pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat