Rupanya Lonjakan Dolar Aussie Ada Kaitan Dengan Data Pekerjaan Australia!

302

Pasaran pekerjaan Australia terus menunjukkan daya tahan pada Januari meskipun berdepan dengan ancaman baharu penularan Omicron.

Pasaran pada awalnya meramalkan bahawa tiada kenaikan dalam pekerjaan akan dicatatkan pada bulan lepas. Namun, angka yang dikeluarkan Biro Statistik Australia (ABS) pula sebaliknya, di mana terdapat sebanyak 12,900 pertambahan pekerjaan di negara itu.

Sementara itu, data dari ABS juga menunjukkan bahawa kadar pengangguran Australia dicatatkan tidak berubah pada 4.2%, sama seperti jangkaan pasaran dan bacaan pada bulan sebelumnya.

Angka ini juga menunjukkan kadar pengangguran kekal berada pada paras terendah sejak Ogos 2008 iaitu apabila ia menyentuh paras 4.0%.

Bank Pusat Australia (RBA) sebelum ini telah menyasarkan untuk mendorong pengangguran kepada 4% atau lebih rendah dengan harapan dapat memulihkan pertumbuhan gaji selepas bertahun-tahun ia berada di bawah sasaran.

Tambahan daripada itu, Gabenor Philip Lowe juga ada memberitahu pada minggu lepas bahawa adalah munasabah kenaikan kadar boleh berlaku pada akhir tahun ini sekiranya ekonomi pulih seperti yang dijangkakan.

Bacaan positif yang dicatatkan dalam data pekerjaan mengingatkan semula pelabur pada kenyataan tersebut, sekali gus mendorong dagangan dolar Aussie lebih tinggi ketika sesi Asia hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat