Rusia Mula Serang Balas Sekatan EU, Sberbank Bakal Lancarkan Aset Digital ‘Sbercoin’

25,924

Seperti sudah dijangka, Central Bank of Rusia (CBR) telah memberi kebenaran untuk Sberbank laksanakan operasi pengeluaran dan pertukaran aset digital.

Ekosistem kewangan yang menghubungkan bank, fintechs, dan Mastercard – Lighthouse – juga tidak ketinggalan menerima kebenaran sama.

Ini merupakan satu pusingan balik yang besar selepas bank pusat Rusia mendesak sekatan penuh terhadap perdagangan, perlombongan, dan penggunaan mata wang kripto.

Barangkali juga ini merupakan langkah awal untuk Rusia ‘melemahkan’ sekatan ekonomi yang dilaksanakan oleh negara-negara Barat.

Sebagai rekod, Sberbank merupakan bank terbesar Rusia yang telah menarik diri dari pasaran Eropah.

Empat jaminan Sberbank terhadap peluang yang ditawarkan oleh CBR:

  • Akan menggunakan teknologi blockchain untuk jaminan transaksi yang selamat
  • Menawarkan mana-mana entiti sah untuk hasilkan kenyataan kewangan digital
  • Menawarkan pemilikan aset digital yang terkumpul dalam sistem Sberbank
  • Menawarkan transaksi kripto

Menurut ketua eksekutif Sberbank, German Gref pada akhir 2020, entiti mereka sedang bekerjasama dengan JP Morgan untuk melancarkan Sbercoin. Tetapi sehingga kini masih belum ada bayang.

Namun sumber daripada pasaran kewangan ada mendedahkan Sberbank sedang aktif bersiap sedia untuk pelancaran Sbercoin pada masa akan datang ketika negara itu masih bergolak dengan Ukraine.

Setakat ini, negara-negara bimbang jika Rusia akan mengguna yuan digital memandangkan China sedang aktif mempromosikan mata wang digital bank pusatnya.

Disebabkan Rusia juga berpotensi untuk menggunakan kripto, EU telah pun laksanakan perintah sekatan pengaksesan aset kripto dan ia disokong Jepun dan Singapura baru-baru ini.

Adakah Rusia dapat melepasi sekatan ekonomi yang dilaksanakan dari setiap penjuru dunia melalui keputusan CBR?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat