Rusia Tersingkir Dari Majlis Hak Asasi Manusia PBB?

523

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengundi untuk menggantung Rusia daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Khamis.

Duta Amerika Syarikat ke PBB, Linda Thomas-Greenfield memperkenalkan cadangan itu pada awal minggu susulan dakwaan bahawa tentera Rusia menyeksa dan membunuh orang awam Ukraine di Bucha, pinggir bandar berhampiran Kiev.

Mayat-mayat itu ditemui selepas tentera Rusia berundur dari bandar itu pada hujung minggu lalu. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai dan menuduh Rusia melakukan jenayah perang.

Draf resolusi tersebut menunjukkan Perhimpunan Agung mungkin menggantung hak keahlian dalam Majlis Hak Asasi Manusia bagi ahli yang melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang teruk dan sistematik.

Tambahan daripada itu, majlis itu mempunyai kebimbangan besar terhadap laporan pelanggaran dan penyalahgunaan hak asasi manusia dan ketidakpatuhan undang-undang kemanusiaan yang merujuk kepada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Resolusi tersebut diluluskan dengan undian 83 sokongan, 24 menentang dan 58 berkecuali. Belarus, China, Iran, Rusia dan Syria adalah antara anggota PBB yang mengundi menentang resolusi tersebut. Sementara India pula berkecuali daripada mengundi.

Ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB, bertanggungjawab untuk menegakkan standard hak asasi manusia yang tinggi di mana mereka akan berkhidmatan untuk tempoh tiga tahun dan tidak layak untuk pemilihan semula serta-merta selepas berkhidmat dua penggal berturut-turut.

Libya adalah satu-satunya negara yang digantung daripada 47 anggota majlis itu yang berpangkalan di Geneva. Ia digantung pada 2011 selepas tindakan keras terhadap penunjuk perasaan oleh tentera yang setia kepada pemimpin ketika itu, Muammar Gaddafi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat