Sabar Dulu! GOLD Meningkat Semula Tu, Seperti Meningkatnya Harapan Pelabur

1,134

Sesi dagangan Khamis semalam menyaksikan penurunan semula harga emas susulan pengukuhan US dolar menuju dagangan penghujung minggu.

Penurunan harga sekitar 300 pips pada carta XAU/USD semalam menyentuh paras terendah pada sekitar 1895.00 namun kembali menutup dagangan sesi New York di atas paras 1900.00 semula.

Pelabur masih menantikan perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dengan harapan semakin pudar untuk persetujuan dicapai.

Pergerakan harga perlahan pada sesi Asia pagi ini dengan tumpuan terarah pada acara debat Presiden antara Donald Trump dan Joe Biden dengan suasana yang lebih terkawal berbanding acara sebelum ini.

US dolar kemudian dilihat menyusut pada sesi pasaran Eropah hari ini dan memberi ruang untuk harga emas kembali meningkat semula. Pelabur kembali yakin untuk harga emas terus meningkat tinggi?

Peningkatan harga kembali menuju zon SBR (support become resistance) sekitar 1910.00 namun pergerakan yang kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih memberi isyarat trend menurun pada carta XAU/USD.

Seperti jangkaan sebelum ini, kenaikan semula harga dilihat akan menguji zon resistance 1930.00 yang telah diuji 2 minggu berturut-turut namun masih gagal dilepasi.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan lebih rendah di bawah paras 1900.00 semula, zon support sekitar 1875.00 akan menjadi sasaran seterusnya.

Ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi dagangan US dolar serta pergerakan nilai emas dalam pasaran.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat