Safe Haven Bukan Lagi Tumpuan, Adakah Ini Petanda Pasaran Kembali Reda?

834

Matawang safe haven, yen Jepun susut semula pada hari Jumaat dan mata wang berisiko seperti dolar Australia mengukuh apabila para pelabur mula menarik sedikit nafas lega daripada rancangan untuk mengadakan perbincangan antara Amerika Syarikat dan Rusia berhubung krisis di Ukraine.

Matawang yen dan Swiss franc yang telah mengukuh sejak awal minggu ini berikutan para pelabur mengkhuatirkan peningkatan ketegangan yang berlaku di sempadan Ukraine mula kembali susut. Selain itu pengukuhan itu juga turut didorong oleh ura-ura bahawa Rusia sedang mencari alasan untuk melancarkan serangan.

Sentimen bertambah baik apabila berita terkini bahawa Setiausaha Negara A.S. Antony Blinken telah menerima jemputan untuk bertemu dengan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov pada minggu hadapan dengan syarat Rusia tidak menyerang Ukraine.

Menurut penganalisis MUFG Derek Halpenny, ”Pertemuan yang disahkan antara Blinken dan Larrov mungkin membawa indikasi bahawa keadaan pasaran akan stabil pada hujung minggu namun sikap hati-hati dalam pasaran akan berkekalan”.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh 0.14% kepada paras dagangan 95.938. US dolar juga mengukuh 0.2% pada franc pada hari Jumaat kepada 0.9216 franc, manakala euro mengukuh 0.1% berbanding mata wang Switzerland.

Mengenai matawang Yuan, Stuart Cole, ahli makroekonomi di Equiti Capital, berpendapat bahawa pihak berkuasa China tidak melakukan apa-apa untuk membendung kenaikan yuan setakat tahun ini.

Tumpuan pasaran kini masih tertumpu pada perkembangan geopolitik antara Rusia dan Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat