Safe-Haven Yen, Emas Pamer Kenaikan Pada Sesi Eropah

391

Dagangan safe-haven yen meningkat ke paras ketinggian dua minggu berbanding US dolar selepas menyaksikan peningkatan besar dalam kes baru jangkitan coronavirus di Amerika Syarikat.

Kira-kira 56,000 kes dan 867 kematian telah dilaporkan pada Khamis, mengikuti kenaikan lebih 60,000 kes pada hari sebelumnya menyebabkan pelabur bimbang mengenai prospek pemulihan yang mungkin terjejas.

Beberapa kawasan di negara-negara Asia yang dilihat berjaya mencegah penularan sebelum ini, kembali mempamerkan lonjakan dalam kes baru coronavirus, termasuk di Tokyo, Hong Kong dan Melbourne.

Malah, kesan daripada peningkatan ini telah menyebabkan Hong Kong terpaksa menutup semula semua sekolah di wilayah itu, sementara Australia pula berusaha membendung penularan dengan mengehadkan jumlah warganegaranya yang pulang dari luar negara.

Susulan daripada itu, matawang safe-haven yen didagangkan meningkat 0.25% ke paras ketinggian 2 minggu berbanding US dolar.

Kebimbangan ini juga turut mendorong dagangan emas untuk kekal didagangkan tinggi di sekitar paras harga $1806 per auns pada sesi Eropah.

Sementara itu, susulan tindakan baru Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas pegawai China berikutan pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Uighur di Xinjiang, Beijing telah memberi amaran untuk mengenakan tindakan balas terhadap Washington.

Ancaman oleh China itu bagaimanapun dilihat gagal memberi kesan kepada matawang komoditi, dolar Aussie dan kiwi yang kembali memaparkan sedikit peningkatan pada pembukaan sesi Eropah setelah susut pada sesi sebelumnya.

Selain itu, sesi pasaran Eropah juga menyaksikan dagangan matawang pound dan euro yang turut mencatatkan kenaikan berbanding US dolar.

Anda mungkin juga berminat