Safe-Haven Yen & USD Dapat Kelebihan, Ini Jadi Pada Carta USD/JPY

227

Mengikuti perkembangan krisis geopolitik antara Rusia dan Ukraine pada awal minggu ini, kehangatan makin terasa apabila tindakan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menyebabkan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah terpaksa campur tangan.

Situasi tersebut jelas menunjukkan sentimen pasaran yang berisiko memberi kesan terhadap pasaran utama termasuk saham, komoditi dan mata wang.

Mata wang safe-haven jelas mendapat kelebihan dalam suasana pasaran berisiko ini dengan mata wang Yen berjaya bergerak lebih kukuh berbanding US dolar pada dagangan pembukaan awal minggu ini walaupun US dolar juga turut berjaya mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY, harga masih menyambung corak penurunan harga sejak minggu lalu untuk paparkan pergerakan dalam trend bearish.

Harga juga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY untuk isyarat penurunan harga buat pelabur.

Dagangan pada sesi Asia pagi ini (Selasa), harga telah susut sehingga ke paras sekitar 114.500 dan berlegar di atas paras tersebut sehingga bersambung ke sesi Eropah.

Penurunan lebih rendah bakal dijangkakan untuk harga menuju ke zon support pada 114.300-114.200 yang sebelum ini diuji pada awal Februari lalu.

Penurunan yang diteruskan melepasi zon tersebut bakal mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu dengan sasaran seterusnya adalah untuk menuju pula sehingga zon 113.300.

Namun, waspada sekiranya kenaikan harga berlaku yang berkemungkinan boleh memberi isyarat untuk perubahan trend bullish semula.

Melepas halangan MA50 akan mendorong harga meneruskan kenaikan lebih tinggi dengan rintangan awal yang akan menjadi tumpuan adalah sekitar 115.500 dan 115.700.

Seterusnya, zon rintangan pada 116.300 yang dicapai pada 2 minggu lalu akan menjadi zon tumpuan harga bagi kenaikan selanjutnya.

Lihat gambar carta harga pasnagan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat