Sah! Biden Sekat Minyak Rusia, Tapi Ini Pula Reaksi Pasaran

2,573

Pergerakan pasaran mata wang kekal stabil walaupun selepas ucapan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden yang mengumumkan sekatan import minyak mentah dari Rusia, termasuk gas dan tenaga pada sesi sebelum ini.

Keputusan ini turut disertai oleh UK yang mengatakan bahawa mereka akan menghentikan semua import produk minyak dari Moscow secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2022 bagi memberi masa untuk pasaran dan perniagaan mencari penggantinya.

Dalam pada itu, Presiden Rusia Vladimir Putin juga memutuskan untuk mengharamkan eksport produk dan bahan mentah keluar dari negara itu sehingga 31 Disember.

Pengumuman tersebut bagaimanapun kurang menerima reaksi daripada pasaran memandangkan ia sudah dilaporkan terlebih dahulu pada awal minggu dan kejutannya telah mendorong mata wang Eropah ke paras terendah.

Pada sesi Asia, US sedikit susut dengan berlegar di sekitar paras tertinggi 22 bulan, yang menunjukkan petanda risiko semakin mereda dalam pasaran lebih-lebih lagi selepas Presiden Ukraine Vlodymyr Zelensky mengatakan bahawa NATO bukan lagi keutamaannya dalam temu bual bersama ABC News.

Ini disusuli oleh pergerakan mata wang euro yang sedikit meningkat dari paras terendahnya ketika tumpuan pelabur kini diarahkan kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan berlangsung pada Khamis.

Sementara mata wang pound pula terus berlegar di sekitar harga yang sama susulan pengumuman dari UK untuk turut menyekat import minyak dari Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat