Sah! Elon Musk Manusia ke-2 Terkaya Dunia

363

‘Ini mungkin balasan Elon Musk sebab menganak tirikan mereka yang lama berjuang dan terlalu memberi perhatian kepada yang baru pula.’

Selepas lebih setahun mengungguli kedudukan pertama dalam carta ‘Manusia Terkaya Dunia’, akhirnya Elon Musk jatuh terperosot ke tempat ke-2 di belakang Bernard Arnault.

Detik tersebut dirakam pada Forbes’s The Real-Tome Billionaire List pada tarikh 13 Disember 2022 (Selasa) dengan nilai kekayaan Musk jatuh ke $181.3 bilion berbanding Arnault pada $186.2 bilion.

Mengiringi kejatuhan Musk itu adalah saham Tesla Inc yang ditutup di bawah 6% semasa sesi dagangan Wall Street semalam.

Selain itu, Musk juga merupakan jutawan dengan nilai kerugian harian terbesar hari ini dengan kehilangan sebanyak $7.4 bilion sementara Warren Buffett, Jeff Bezos dan Bill Gates antara jutawan dengan nilai keuntungan harian terbesar.

Ini merupakan kali ke-2 dalam bulan ini kekayaan Musk jatuh dan membawanya turun dari kedudukan pertama.

Pada 8 Disember lalu Arnault buat seketika berjaya mengatasi kedudukan Musk sebelum ketua eksekutif itu berjaya meraih tempat pertama beberapa minit kemudian.

Namun, para peminat Musk tidak perlu khuatir kerana dalam senarai Bloomberg Billionaires Index beliau masih lagi di kedudukan pertama dengan nilai kekayaan $168 bilion sementara Arnault mengejar rapat pada $167 bilion.

Umumnya, ‘lubuk emas’ Musk iaitu Tesla kini sedang dianaktirikan dengan pembelian $44 bilion Twitter pada tahun ini mendapat penuh perhatian dari jutawan itu.

Malah ada pelabur juga mengatakan bahawa Musk terlalu memberi fokus kepada Twitter berbanding Tesla sehingga mengakibatkan pelabur-pelabur syarikat kereta elektrik (EV) itu tidak berpuas hati.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat