Sah! Hong Seng Bakal Jual Kepentingan Ekuiti Dalam HSPM

323

Hong Seng Consolidated Bhd sah memeterai perjanjian penjualan saham bersama Robust Potential Sdn Bhd bagi menjual kepentingan ekuiti dalam Hong Seng Priority Management Sdn Bhd (HSPM).

Perjanjian jualan kepentingan ekuiti tersebut dijangka bakal melibatkan kadar penjualan sebanyak 100% yang bernilai RM34.5 juta.

Dalam pada itu, Hong Seng mengumumkan bahawa penjualan dua juta saham biasa dalam perniagaan sewa beli berkenaan akan mengaut keuntungan yang dianggarkan RM31.20 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Teoh Hai Hin menyatakan hasil penjualan itu akan digunakan sebagai modal kerja untuk perniagaan penjagaan kesihatan serta sarung tangan yang lebih strategik.

Memantau kepada kenyataan yang dilontarkan pada Jumaat, beliau sangat gembira dan bangga setelah berjaya membangunkan HSPM sehingga menjadi perniagaan yang menjana keuntungan.

Walau bagaimanapun, susulan prospek dan potensi keuntungan masa hadapan HSPM yang mana ia memerlukan modal kerja yang besar bagi meraih manfaat keuntungan yang lumayan.

Penjualan yang dilaksanakan juga merupakan peluang yang sangat tepat untuk menjual pada kadar keuntungan yang dilihat positif bagi syarikat, tambahnya.

Langkah tersebut membolehkan pihak syarikat memperoleh manfaat dan merealisasikan nilai pelaburan dan aset dalam HSPM secara serta-merta.

Pada 16 Ogos, ia telah menandatangani pernjanjian kerjasama dengan Sino EV Assembly Sdn Bhd bagi mengikat jalinan kerjasama dalam perniagaan kenderaan elektrik di Malaysia bagi tempoh lima tahun.

Setakat 10.33 pagi, harga saham itu telah melonjak 0.96% kepada RM2.11 dengan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM5.39 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat