Saham AirAsia Meningkat 3.6%

359

Saham AirAsia Group Bhd meningkat semasa sesi dagangan pagi tadi selepas syarikat penerbangan tambang rendah itu dilaporkan sudah memperoleh pinjaman untuk menyokong pelan pengumpulan modal yang sedang dijalankan.

Lapor Reuters yang memetik sumber sebagai berkata, pinjaman bernilai RM300 juta yang dikeluarkan oleh Sabah Development Bank Bhd akan membantu syarikat penerbangan itu mengharungi tempoh sukar selama dua bulan, membiayai operasi tempatan.

Bernama melaporkan, ini berikutan berlakunya peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19 yang akan terus menjejaskan sektor perjalanan udara bagi tempoh yang lebih lama.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Riad Asmat berkata, pinjaman terbabit adalah sebahagian daripada langkah pengumpulan modal syarikat itu.

“Kami gembira dengan perkembangan itu,” katanya.

Setakat 10.57 pagi tadi, saham AirAsia meningkat dua sen atau 3.60% kepada 57.5 sen dengan 9.48 juta saham bertukar tangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat