Saham Alami Lantunan Sementara Data Jualan Runcit AS Bercampur

173

Pasaran ekuiti dan hasil Perbendaharaan melonjak memberi petunjuk sentimen positif terhadap pertumbuhan ekonomi sementara data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tumpuan pada sesi New York semalam diterbitkan dengan bacaan yang bercampur.

Laporan Jabatan Perdagangan AS menyaksikan kadar jualan runcit AS bagi bulan April meningkat kepada 0.9% lebih tinggi berbanding jangkaan sementara bacaan data Mac dikemaskini lebih tinggi telah memperlihatkan jualan meningkat 1.4% berbanding 0.7%.

Perkara ini menurut Ketua Ekonomi LPL Financial, Jeffrey Roach, akan berlakunya pemulihan dalam pertumbuhan ekonomi pada suku ke-2 (2Q) andai harga kekal sederhana yang boleh meredakan tekanan ke atas pengguna.

Ekoran daripada itu, pasaran saham dilihat memasuki rali dengan tolok MSCI saham seluruh dunia ditutup tinggi 2.0% dan indeks STOXX 600 pan-Eropah canak 1.22%.

Beralih ke Wall Street, indeks purata Dow Jones Industrial naik 1.28%, S&P 500 capai 1.98% dan Nasdaq Composite maju 2.57% sementara saham pertumbuhan IGX lonjak 2.48% manakala nilai saham canak 1.60%.

Ia secara tidak langsung membuatkan saham mengembalikan sedikit keuntungan daripada sesi penjualan minggu lalu, yang menyaksikan Nasdaq dan S&P mengalami kerugian buat 6 minggu berturut-turut.

Sementara itu, nota hasil Perbendaharaan 10 tahun naik 10.7 mata asas pada 2.986%.

Dalam pada itu, data turut menunjukkan pengeluaran industri naik 1.1% pada bulan April dengan kadar penggunaan kapasiti pembuatan berada di tahap tertinggi sejak 2007.

Pada sisi berbeza, Ketua Ekonomi Comerica Bank, Bill Adams dalam notanya menulis bahawa Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar setengah mata pada setiap 2 mesyuarat dasarnya yang akan datang.

Hal ini kerana Pengerusi Jerome Powell pernah menyatakan bahawa bank pusat AS akan terus bertekad untuk pengetatan dasar monetari sehingga inflasi benar-benar menurun.

Ringkasan mata wang pula menyaksikan indeks dolar jatuh 0.787%, berundur dari paras tertinggi 2 dekadnya berbanding sejumlah mata wang utama lain sementara Euro naik 1.07% pada $1.0543 dan Yen Jepun lemah 0.14% pada 129.36 per dolar.

Ijmal mengenai emas pula susut apabila data jualan runcit AS dan jangkaan kenaikan kadar agresif Fed mengatasi sokongan dolar yang lemah dengan niaga hadapan emas sedikit naik 0.3% pada $1,818.9.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat