Saham Apa Yang Jadi Tumpuan Hari Ini?

359

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika pelabur meneruskan aktiviti membeli saham berharga rendah selain mengambil untung membabitkan saham-saham mewah terpilih.

Pada 9.07 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.69 mata kepada 1,546.89 daripada 1,549.58 pada Rabu.

Menurut laporan Bernama, indeks petunjuk utama itu dibuka susut 1.37 mata kepada 1,548.21.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 306 berbanding 251 manakala 281 kaunter tidak berubah, 1,196 tidak diniagakan manakala 68 lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.34 bilion saham yang bernilai RM399.57 juta.

Selain itu, saham-saham di Amerika Syarikat (AS) pula kebanyakannya tinggi berikutan sentimen optimis bahawa Rizab Persekutuan AS akan meningkatkan lagi langkah-langkah rangsangan ekonomi.

S&P 500 dan Nasdaq misalnya sekali lagi mencatat rekod tertinggi apabila Purata Perindustrian Dow Jones ditutup dengan menokok 83 mata kepada sekitar paras 28,332.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut satu sen kepada RM7.45, Top Glove berkurangan 20 sen kepada RM26.14, Public Bank naik 12 sen kepada RM16.72, Tenaga tidak berubah pada RM11.00 dan Hartalega turun 40 sen kepada RM16.36 .

Bagi saham aktif, XOX naik 3.5 sen kepada 33 sen, Key Alliance Group menokok dua sen kepada 13.5 sen dan IPK meningkat 2.5 sen kepada 28.5 sen.

Kaunter untung pula menyaksikan UWC naik 19 sen kepada RM5.94 dan Unisem meningkat 17 sen kepada RM3.85.

Bagi kaunter rugi, Hartalega dan Pharmaniaga susut 36 sen kepada RM5.28 manakala Supermax berkurangan 28 sen kepada RM21.00.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 8.39 mata kepada 11,177.07, Indeks FBMT 100 turun 20.26 mata kepada 10,976.73 manakala FBM 70 berkurangan 31.42 mata kepada 14,618.22.

Indeks FBM Emas Syariah pula turun 41.72 mata kepada 13,217.57 namun FBM ACE meningkat 31.68 mata kepada 11,217.53.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 4.56 mata kepada 12,839.32, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.03 mata kepada 140.68, dan Indeks Perladangan menambah 9.77 mata kepada 7,043.76.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat