Saham AS Merosot Dek Kebimbangan Kenaikan Inflasi

325

Saham-saham Eropah mencatat rekod penutupan tinggi pada Rabu sementara pasaran Wall Street ditutup lemah dek kebimbangan mengenai kenaikan inflasi yang akan mendorong Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah lebih awal dari yang sepatutnya.

Sesi dagangan berakhir dengan ketiga-tiga indeks utama AS ditutup rendah kerana para pelabur masih cuba memproses aktiviti pengguna dalam menghadapi kenaikan inflasi yang akan mendorong Fed untuk mengurangkan rangsangan lebih cepat daripada yang sepatutnya.

Indeks Dow Jones Industrial jatuh 0.58%, S&P 500 turun 0.26% dan Nasdaq Composite susut 0.33%.

Indeks MSCI ekuiti dunia yang menjejaki saham di 45 negara merundum 0.29%.

Kenaikan harga petrol di Eropah turut meningkatkan kebimbangan inflasi, walau bagaimanapun laporan pendapatan yang kukuh telah membantu DAX German, CAC 40 Perancis dan STOXX 600 pan-Eropah mencatat rekod penutupan baharu.

Hasil penanda aras 10 tahun mencecah 1.65% tertinggi sejak 26 Oktober sebelum merundum dan jatuh pada 1.59%.

Indeks dolar yang mengukur nilai mata wang dolar jatuh 0.15% pada 95.795, Euro susut 0.05% pada $1.1313 dan Yen turun 0.62% pada $114.1100.

Niaga hadapan emas AS meningkat 0.9% pada $1,870.20 per auns kerana kebimbangan terhadap inflasi telah membuatkan para pelabur melabur untuk emas.

Harga minyak mentah Brent jatuh $2.15 kepada $80.28 setong sementara harga minyak mentah AS susut $2.40 kepada $78.36 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat