Saham Asia Melonjak Ekoran Momentum Laporan Pekerjaan NFP AS

206

Saham Asia melonjak pada Isnin takala aset berisiko ditenggelami oleh laporan pendapatan bulan Oktober yang memberangsangkan dalam pada pasaran berjaga-jaga menjelang laporan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan minggu ini.

Kelulusan kongres bil infrastruktur berjumlah $1 trillion yang sudah lama tertangguh menggembirakan para pelabur walaupun pelan jaringan keselamatan sosial yang lebih luas masih sukar difahami.

Pagi ini memperlihatkan pergerakan indeks MSCI bagi saham Asia-pasifik bergerak sederhana di luar Jepun meningkat 0.1%. Nikkei Jepun bertambah 0.3% walaupun kurang daripada kemuncak lima minggunya yang dicapai baru-baru ini.

Nasdaq turun 0.2% selepas kenaikan pada 10 sesi berturut-turut sebelum ini sementara S&P 500 pula susut 0.1%.

Laporan data pekerjaan NFP AS yang memberangsangkan pada Jumaat melihat semakan kenaikan kepada beberapa bulan sebelumnya dan satu lagi bacaan kukuh untuk komponen pendapatan.

Penganalisis mencatatkan ukuran alternatif bagi inflasi purata teras yang dipangkas telah meningkat ketara pada 3.6% tahunan.

Hasil perbendaharaan AS merosot lebih rendah sehingga penghujung minggu lalu dan terakhir mencatat 1.46%.

Penurunan tersebut memperlihatkan sedikit tekanan pada US dolar yang telah mencecah paras tertinggi satu tahun selepas laporan pekerjaan diterbitkan. Indeks dolar berlegar sekitar 94.290 selepas susut sedikit daripada 94.634.

Keputusan mengejutkan oleh Bank of England (BoE) pada mesyuarat polisi minggu lalu telah membuatkan nilai Sterling susut 1.4% berbanding minggu lepas yang didagangkan pada $1.3489 sementara nilai Euro cecah paras stabil selepas 16 bulan pada $1.1563.

US dolar yang menghadapi banyak masalah untuk mengekalkan kenaikan harganya berbanding Yen Jepun melihatkan paras sekitar 113.25 kekal menjadi zon sokongan harga.

Penurunan dalam hasil bon memberi satu kelebihan untuk emas dimana ia tidak menawarkan pulangan tetap dan menaikannya kepada $1,815 per auns.

Perkembangan bagi pasaran minyak mentah, harga minyak mengukuh selepas OPEC+ menolak gesaan AS untuk mempercepatkan peningkatan pengeluaran walaupun permintaan menghampiri paras pra-pandemik.

Saudi Aramco turut meningkatkan harga jualan rasmi minyak mentahnya kepada semua pembeli di seluruh dunia.

Harga minyak Brent naik 22 sen kepada $82.96 setong sementara harga minyak mentah AS naik 34 sen kepada $81.61 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat