Saham Asia Naik, Fokus Pasaran Pada FOMC Minggu Ini

38

Saham Asia didagang tinggi pada sesi pasaran Asia hari ini, dikuatkan dengan rekod kenaikan tertinggi di Wall Street namun tetap bimbang dengan ketidaktentuan pasaran berikutan para pelabur menanti laporan FOMC minggu ini bagi mencari petanda terhadap perubahan polisi monetari US.

Indeks saham Asia Pasifik terbesar selain Jepun, MSCI beralih kearah yang lebih tinggi selepas jatuh ke paras negetif sejak tiga hari yang lalu.

Dow Jone di Wall Street semalam mencatat penutupan tertinggi untuk lima sesi berturut-turut dan S&P500 juga merekodkan penutupan tertinggi dua minggu berturut-turut berikutan hasil bon US yang tinggi mendorong kenaikan dalam saham kewangan.

Dalam mesyuarat dua hari yang bermula Rabu esok, Fed dijangka akan memulakan langkah ke arah normalisasi polisi dan mengumumkan pelan pengecilan penyata imbangan yang bernilai $4.2 trillion.

Fed dijangka akan mengekalkan kadar faedah mereka, namun para pelabur akan mencari pentanda terhadap jangkaan Fed untuk mula mengetatkan polisi, sama ada akhir tahun ini atau tahun depan. Ketika ini pasaran masih melihat terdapat peluang kenaikan pada bulan Disember nanti.

Indeks saham Nikkei Jepun naik 1.2%, mengejar keutungan ekuiti global serta memberi reaksi terhadap kelemahan yen berikutan pasaran Tokyo mula dibuka hari ini selaps cuti umum hari Isnini yang lalu.

Bank pusat Jepun (BoJ) akan mengadakan mesyuarat polisi pada hari Khamis dengan jangkaan mereka akan kekalkan status quo berikutan inflasi masih lemah walaupun ekonomi sudah beransur-ansur pulih.

Para pelabur juga saling berbahas berkenaan sebarang impak yang berpotensi terhadap pasaran sekiranya pilihan raya Jepun dijalankan lebih awal daripada jangkaan.

Stefan Worrall, pengarah jualan ekutiti Jepun di Kredit Suisse Tokyo mengatakan, “Hal ini telah menjadi kebimbangan diantara pelabur asing, tetang masa hadapan ekonomi dan pentadbiran Abe, dengan penurunan yang jelas terhadap peratusan penerimaan pentadbiran (approval rating) beliau awal tahun ini”.

“Jika Abe kekal berkuasa untuk beberapa tahun lagi, pasaran akan lebih positif” tambah beliau lagi.

Saham Korea Selatan KOSPI jatuh 0.1% berikutan ketegangan yang berterusan di wilayah Korea. Setiausaha pertahan US, Jim Mattis mengulas pada hari Isnin lalu berkenaan kewujudan pilihan ketenteraan ke atas Korea Utara bagi membantu Seoul menghadapi serangan jika perlu, namun beliau tidak mengulas butiran lanjut berkenaan pilihan tersebut  sama ada termasuk penggunaan senjata api atau tidak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat