Saham Axiata Terima Berita Yang Kurang Menggembirakan

892

Harga saham Axiata Group Bhd pamer reaksi yang kurang memberangsangkan terhadap pengumuman terbaharu yang disampaikan oleh kumpulan.

Terdapat perkhabaran bahawa ia akan melenyapkan 5% kepentingan dalam anak syarikatnya yang tersenarai di Indonesia iaitu PT XL Axiata Tbk (XL) kepada Ferrymount Investments Ltd (FIL).

Pelaksanaan berkenaan bakal melibatkan nilai anggaran sekitar 1,440 bilion rupiah bersamaan RM423.5 juta atau 2,700 rupiah (0.79 sen) sesaham.

Namun setakat 12.28 tengah hari, harga saham Axiata meningkat 0.5% kepada RM4.05 dengan mempunyai permodalan pasaran sekitar RM37.15 bilion.

Dalam pada itu, pelupusan yang dicadangkan akan mempamerkan kepentingan Axiata di dalam XL akan berubah menjadi 61.5% berbanding 66.5% pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, JF Apex Securities mengambil impak positif dan yakin mengenai perjanjian yang dimeterai dapat membolehkan XL dan Axiata bekerjasama dengan rakan kongsi yang lebih meluas.

Antaranya adalah FIL, Procap Partners Ltd serta Tiga Investment Pte Ltd dan dalam masa yang sama ia berupaya mengakses kepakaran, pengalaman mereka dalam bidang digital serta perkhidmatan teknologi.

Tambah JF Apex Securities, melalui hubungan kerjasama denganProcap dan Tiga Investment dengan ekosistem digital Indonesia, XL bakal melibatkan diri secara aktif dan memperluaskan lagi perkhidmatan digital.

JF Apex Securities mengeluarkan anggaran bahawa pelaksanaan tersebut bakal melonjakkan jumlah tunai Axiata kepada RM7.4 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat