Saham Berguguran, Faktor Pertumbuhan Ekonomi Cetus Kegusaran

267

Kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi ekoran terbitan data dari China dan Amerika Syarikat (AS) yang lemah telah menyebabkan pasaran saham ditutup bercampur.

Sementara itu, nota hasil Perbendaharaan 10 tahun yang masih di bawah 3%, telah menyemarakkan harapan bahawa Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar faedah dengan lebih berhemat.

Mengikuti perkembangan global, sekatan Covid-19 pada April di China telah menyebabkan masalah rantaian bekalan memuncak, manakala hasil pengeluaran AS turut terkesan daripada kejatuhan dalam pesanan dan penghantaran baharu pada Mei.

Di Wall Street, indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.08% namun indeks S&P 500 hilang 0.39% dan Nasdaq Composite turun 1.2%.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah kekal 0.04% sementara saham di pasaran pesat membangun lonjak 0.30%.

Tolok MSCI saham seluruh dunia ditutup rendah 0.21% dengan nota penanda aras 10 tahun turun 4.7 mata asas pada 2.886% selepas mencapai paras 3.2% pada minggu lalu.

Menurut pengerusi Great Hill Capital LLC, Tom Hayes, penurunan pada hasil Perbendaharaan di bawah 3% adalah tajuk yang menjadi perhatian kerana ia akan memberi kesan kepada rancangan Fed sama ada akan mempertingkatkan atau mengekalkan kenaikan kadar.

Hayes menambah bahawa perhatian juga akan tertumpu kepada 5 pegawai Fed yang bakal berucap pada Selasa dalam menentukan sentimen pelabur di sebalik kejatuhan pasaran yang sedang berlaku.

Dalam pada itu, ahli strategi kanan Ingalls & Snyder, Tim Ghriskey berpendapat bahawa selain isu di China, perkhabaran di Eropah mengenai ancaman Putin terhadap rancangan Finland serta Sweden menyertai NATO turut menggoncang pasaran.

Ekoran daripada itu, beliau menyatakan bahawa aktiviti profit-taking yang berlaku selepas rali pada Jumaat bukan sesuatu yang mengejutkan kerana tiada pendorong positif dalam pasaran.

Ringkasan mata wang menyaksikan dolar sedikit turun pada 0.316% sementara Euro naik 0.18% pada $1.0431 dan Yen Jepun kukuh pada 129.07 per dolar.

Niaga hadapan emas naik 0.3% pada $1,814 per auns ekoran penurunan pada hasil Perbendaharaan.

Bitcoin susut 5.21% pada $29,664.88.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat