Saham BIG Industries Tampil Gah Di Awal Dagangan

201

Saham BIG Industries Bhd yang merupakan pengeluar gas perindustrian yang berpangkalan di Sarawak telah melonjak sebanyak 20% untuk mencapai paras tertinggi harian pada tahap RM1.50 di sesi perdagangan hari ini.

Pada 10.34 pagi, kaunter itu ‘meroket’ 16.8% atau 21 sen kepada RM1.46 berbanding RM1.25 sewaktu ditutup pada Selasa sekali gus muncul antara kaunter paling untung dan aktif di Bursa Malaysia.

Lonjakan tersebut juga mendorong BIG Industries untuk memperoleh permodalan pasaran berjumlah RM77.77 juta dengan sebanyak 16.3 juta saham diniagakan.

Setakat ini, saham BIG Industries telah meningkat sebanyak 231.82% pada tahun ini daripada 44 sen yang dicapai pada 4 Januari 2021.

Keuntungan pelupusan sekali (one-off disposal gain) dan pelbagai pengoptimuman dalam langkah-langkah kos yang dilakukan oleh kumpulan itu telah menyokong semula kadar kumulatif sembilan bulan yang berakhir pada 31 Mac 2021.

Kadar kumulatif tersebut telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM930,000 berbanding dengan tahap kerugian bersih RM162,000 yang diperoleh pada tahun lalu.

Kumpulan itu juga mengharapkan cabaran yang lebih signifikan terhadap lingkungan perniagaannya setelah Perintah Kawalan Pergerakan ketiga telah dilaksanakan pada 12 Mei dan telah mendorong beberapa kegiatannya untuk beroperasi pada tahap minimum.

Namun, BIG Industries masih berharap agar aktiviti dan perniagaan industri gas bertambah baik dengan kadar kenaikan harga minyak mentah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat