Saham Dayang Beri Kegusaran Kepada Pelabur, Susut Di Bawah Paras RM1

1,187

Harga saham Dayang Enterprise Holdings Bhd mempamerkan penyusutan drastik untuk diperdagangkan di bawah paras RM1 yang mana kali terakhir ia menembusi paras itu adalah pada November 2020.

Pada 11.21 pagi, kaunter itu sedikit meningkat sebanyak 1.10% kepada 92 sen dengan mempunyai permodalan pasaran bernilai RM1.06 bilion.

Setakat ini, saham Dayang telah susut 24.58% daripada paras tertinggi yang dicapai pada Mac sekitar RM1.65 susulan menghadapi tekanan penjualan saham yang dipengaruhi oleh prestasi kewangan kumpulan pada suku kedua.

Meneliti kepada kenyataan yang dinyatakan, Dayang Enterprise merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan bahagian atas kapal, penyewaan kapal laut dan sebagainya.

Baru-baru ini, kumpulan itu mengeluarkan laporan bahawa kerugian bersihnya melonjak kepada RM21.89 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021 daripada RM985,000 pada tahun lalu.

Peningkatan kerugian bersih berkemungkinan dipengaruhi oleh kos operasi yang lebih tinggi di saat situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

Manakala pendapatan suku tahunan merosot 6.59% kepada RM159.69 juta berbanding RM170.95 juta berikutan penggunaan kapal yang dilihat susut menjadi 51%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat