Saham DNeX Jadi Rebutan Pelabur Setelah Peroleh Pemangkin Positif

252

Saham Dagang NeXchange Bhd (DNeX) terus mendapat perhatian pelabur setelah catat kenaikan sebanyak empat sen atau 4.91% kepada 85.5 sen pada sesi perdagangan hari ini.

Faktor itu didorong hasil daripada pemerolehan kontrak bernilai RM88 juta dari Kementerian Kewangan serta rancangan pengambilalihan baki 50% kepentingan anak syarikatnya di Avalon Oilfield.

Pada pukul 10.28 pagi, kaunter itu pamer lonjakan sekitar 3.68% atau tiga sen kepada 84.5 sen dan sekali gus menjadi saham paling aktif diniagakan hari ini dengan 120.08 juta saham bertukar tangan.

Setakat ini, kaunter DNeX mencatatkan peningkatan sebanyak 267.39%.

DNeX juga ada mengumumkan bahawa anak syarikatnya Ping Petroleum UK Ltd (Ping UK) memperoleh baki 50% kepentingan di Avalon Oilfield dari anak syarikat Sumitomo Corp, Summit Exploration and Production Ltd dengan nilai keseluruhan sekitar RM71.72 juta ($17 Juta).

Selain itu, sebagai pemilik bersama dan pengendali Ladang Minyak Avalon, pengambilalihan yang direncanakan itu akan menghalang Ping UK dari sebarang keputusan yang bertentangan.

Ini kerana setiap keputusan yang bercanggah daripada yang sepatutnya mungkin akan timbul jika vendor menjual 50% kepentingan kepada pihak ketiga.

Melalui pengembangan Avalon Oilfield, DNeX berharap supaya ia dapat menghasilkan peningkatan yang signifikan dalam pengeluaran minyak dan cadangan untuk Ping UK.

Hasil daripada pembangunan ini juga akan mengurangkan risiko portfolio oleh kerana pendapatan Ping UK akan direalisasikan dari dua pemasangan bebas iaitu Anasuria Cluster dan Avalon Oilfield setelah produksi pertama dari Avalon Oilfied.

Jika tiada sebarang situasi yang diluar jangkaan, cadangan pemerolehan dijangka akan selesai pada suku ketiga 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat