Saham Dunia Bercampur Selepas Pendapatan Bank Lemah, Minyak Kembali Untung

454

Pasaran ekuiti dunia jadi tidak menentu selepas mencapai rekod baharu pada Khamis dan bercampur hasil keputusan Federal Reserve (Fed) yang memutuskan untuk mengurangkan program pembelian bon bulanan pada mesyuarat FOMC.

Indeks MSCI seluruh dunia mencatat penutupan tertinggi buat empat kali berturut-turut.

Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) jatuh dan keluk hasil meningkat sementara harga minyak jatuh, megurangkan semula keuntungan dalam sesi yang kurang menentu.

Harga minyak Brent turun $1.19 pada $80.8 setong di ikuti harga minyak mentah AS merosot $1.64 pada $79.22 setong.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah meningkat 0.41% dan tolok saham MSCI seluruh dunia meningkat 0.17%.

Pemerhati pasaran Wall Street menyatakan musim pendapatan suku ketiga yang memberangsangkan dicapai hasil ulasan mengenai pertumbuhan pada masa depan daripada Corporate Amerika yang membantu pelabur dalam ekuiti AS dek sebahagian mereka menolak kebimbangan mengenai kenaikan harga, masalah rantaian bekalan dan gambaran makro-ekonomi yang bercampur.

S&P 500 naik 0.42% dan Nasdaq Composite tambah 0.81% sementara Dow Jones Industrial Avarage turun 0.09% kerana diheret turun oleh saham bank JP Morgen Chase & co dan Goldman Sachs Group.

Nikkei Jepun meningkat 0.9%, memcecah paras tertinggi manakala indeks MSCI bagi saham Asia-Pasifik luar Jepun meningkat 0.4%.

Pengumuman Fed menepati ramalan apabila mengumumkan pengurangan pembelian bon bulanannya sebanyak $15 billion mulai bulan ini akan membuka pilihan untuk mempercepatkan atau memperlahankan kadar seperti yang diperlukan namun mereka kurang pasti jika kuasa inflasi akan terbukti cukup untuk memcapai bon jangka panjang dan menahan curam keluk hasil.

Fed membayangkan kenaikan kadar sebanyak 0.25% menjelang Jun dengan satu lagi pada 0.5% pada akhir 2022.

US Dolar pamerkan pengukuhan pada dagangan Khamis selepas penurunan yang berlaku pada Rabu apabila spekulator memilih posisi belian berikutan lima bulan kenaikan yang stabil.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan mata wang US dolar meningkat 0.486% pada 94.32.

Euro pula jatuh 0.47% pada $1.1556 selepas kenyataan bernada dovish oleh Presiden bank pusat Eropah menyusuli langkah pengetatan dasar oleh Fed.

Harga emas untuk bulan Disember meningkat 1.7% kepada $1,793.50 se auns.

Bitcoin didagangkan menurun 1.97% pada $61,529.93.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat