Saham Global Kembali Bangkit!

218

Pasaran saham Amerika Syarikat kembali menghijau apabila data inflasi yang menepati jangkaan menguatkan pertaruhan kenaikan kadar faedah lebih kecil daripada Federal Reserve (Fed).

Indeks harga pengguna (CPI) AS meningkat 6.0% tahun ke tahun pada bulan Februari, menepati jangkaan pasaran dan turun daripada bacaan sebelum 6.4% pada Januari.

Walaupun bacaan yang dicatatkan dilihat masih lagi tinggi, tetapi pasaran meramalkan Fed akan melaksanakan kenaikan kadar yang lebih kecil sebanyak 25 mata asas atau membiarkannya tidak berubah.

Ini susulan ketidakpastian yang dicetuskan oleh krisis Silicon Valley Bank (SVB) yang melenyapkan jangkaan untuk bank pusat itu bertindak agresif dengan peningkatan 50 mata asas pada mesyuarat polisi minggu depan.

Tiga indeks utama ditutup positif pada sesi New York, melihatkan Dow Jones Industrial meningkat 1% pada 32,155.42, manakala S&P 500 pula menokok 1.65% kepada 3,919.30 manakala Nasdaq pula kukuh 2.3% pada 12,199.79.

Indeks US30 pula sedikit lebih tinggi pada sesi Asia, sekitar 32,159.

Bank-bank yang terjejas teruk berjaya melantun semula apabila peniaga-peniaga bertenang selepas penjualan besar-besaran sejak minggu lalu. First Republic Bank melonjak 38%, manakala KeyCorp menokok 11%.

Sementara itu, Meta naik 6% selepas syarikat memutuskan untuk mengurangkan 10,000 pekerjaan, sementara AMD pula meningkat lebih 6% susulan permintaan untuk saham cip yang kekal kukuh.

Tumpuan pelabur kini dialihkan kepada terbitan data inflasi pengeluar (PPI) dan jualan runcit AS untuk petunjuk lebih jelas pada pelabur.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat