Saham Harga Rendah Kembali Diburu Oleh Pelabur

197

Bursa Malaysia memulakan rentak dagangan pada hari ini dengan dibuka tinggi berikutan pamer peningkatan yang seimbang.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.98 mata kepada 1,516.51 berbanding 1,512.53 pada penutupan Isnin.

Bernama melaporkan, indeks utama itu dibuka 3.2 mata lebih tinggi kepada 1,515.73.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 211 berbanding 151, manakala 238 kaunter tidak berubah, 1,626 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 273.93 juta unit bernilai RM108.76 juta.

Malacca Securities menjelaskan bahawa KLCI dan pasaran meluas susut pada semalam disebabkan oleh prestasi negatif pasaran China dan Hong Kong susulan cetus kebimbangan mengenai peraturan yang diperketatkan pada sektor terpilih.

“Kami menjangkakan kegiatan aktiviti buruan saham nilai rendah akan berlaku setelah situasi penjualan berikutan pemain pasaran meletakkan posisi dagangan menjelang data daripada China atau Hong Kong,” tambahnya.

Berdasarkan kepada komoditi, firma broker menyatakan bahawa minyak sawit mentah (MSM) dan minyak mentah telah meningkatkan keuntungan mereka.

Daripada segi sektor, pasaran dijangka akan berlaku minat belian terhadap stok perladangan dan stok teknologi serta minyak dan gas (O&G) susulan situasi penjualan yang ketara pada semalam.

Melihat kepada saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.01, Public Bank meningkat tiga sen kepada RM4.03, manakala TNB naik dua sen kepada RM9.72 dan IHH Healthcare naik lima sen kepada RM5.82.

Selain itu, Petronas Chemicals tidak berubah pada harga RM7.99.

Bagi saham aktif, waran BCM Alliance susut 11.5 sen kepada setengah sen, manakala BCM Alliance turun setengah sen kepada 15 sen.

Serba Dinamik dan waran masing-masing naik satu sen kepada 43 sen dan 10 sen, sementara PUC Bhd meningkat setengah sen kepada 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 31.19 mata kepada 11,125.50, FBM ACE naik 33.90 mata kepada 7,357.40 dan FBM 70 menokok 29.92 mata kepada 14,637.86.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 22.47 mata pada 12,239.33 dan Indeks FBMT 100 naik 26.74 mata kepada 10,820.01.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 63.72 mata kepada 14,816.96, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.15 mata kepada 189.16 dan Indeks Perladangan ‘meroket’ 40.64 mata kepada 6,229.92.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat