Saham Harga Rendah Terus Jadi Perhatian Dalam Situasi Pergolakan Politik

304

Bursa Malaysia diperdagangkan lebih tinggi berikutan indeks utama meningkat 0.34% pada aktiviti buruan saham nilai rendah.

Pada 9.05 pagi, indeks penunjuk aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.15 mata kepada 1,508.05 daripada 1,502.90 semasa ditutup pada Isnin.

Lapor Bernama, indeks utama itu dibuka 2.37 mata lebih tinggi kepada 1,505.27.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 213 berbanding 137, manakala 243 kaunter tidak berubah, 1,607 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 213.17 juta unit bernilai RM84.40 juta.

Dalam pada itu, Rakuten menyatakan bahawa FBM KLCI bakal pulih dari paras terendah di saat muncul aktiviti buruan saham nilai rendah.

Rakuten juga menjangkakan perdagangan di bursa tempatan lebih stabil dan akan melihat indeks diperdagangkan di antara paras 1,500-1,510.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing melonjak lima sen kepada RM8.11 dan RM4.56, manakala Public Bank dan TNB masing-masing menambah satu sen kepada RM3.94 dan RM9.76.

Press Metal naik empat sen kepada RM4.95, Hong Leong Bank ‘meroket’ 20 sen kepada RM18.40 dan Petronas Chemicals susut satu sen kepada RM7.94.

Bagi saham aktif, Tanco dan Mobilia masing-masing naik 1.5 sen kepada 23 sen dan 55.5 sen, TFP Solutions melonjak satu sen kepada 21.5 sen dan KNM tidak berubah pada 22 sen.

Di papan indeks, FBM ACE melonjak 36.47 mata kepada 7,125.69, Indeks FBMT 100 naik 19.18 mata kepada 10,736.84 dan FBM 70 jatuh 42.30 mata kepada 14,436.60.

Indeks FBM Emas naik 22.03 mata kepada 11,022.44 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 10.51 mata kepada 12,091.2.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 54.74 mata kepada 14,786.41, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.36 mata kepada 188.29 dan Indeks Perladangan melonjak 20.78 mata kepada 6,268.01.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat