Saham Ini Terima Impak Positif, Capai Paras Tertinggi Lebih 1 Dekad!

378

Dek kerana peningkatan harga aluminium yang telah mencapai paras tertinggi dalam lebih satu dekad, harga saham Press Metal Aluminium Holdings Bhd meningkat 5.3% kepada RM5.80 pada hari ini.

Seperti sedia maklum, lonjakan harga aluminium dicetuskan oleh situasi rampasan kuasa di Guinea yang mana ia merupakan pembekal utama bauksit.

Bauksit adalah bahan utama yang diguna pakai untuk membuat alumina yang seterusnya diproses menjadi aluminium dan Guinea telah menyumbang hampir 50% pengimportan daripada China.

Setakat 4.35 petang, harga saham Press Metal telah ‘meroket’ 5.08% menjadi RM5.79 dengan mempunyai nilai permodalan pasaran sebanyak RM46.68 bilion.

Manakala harga niaga hadapan aluminium yang diperdagangkan di London Metal Exchange pada semalam ditutup 1.37% pada paras $2,764.51.

Satu unit tentera telah merampas kuasa di Guinea pada Ahad serta menggantung perlembagaan dan ketua pasukan khas iaitu Kolonel Mamady Doumbouya mendesak tentera agar menyokongnya.

Menurut Bloomberg, meskipun pergolakan politik yang dahsyat itu berlaku ia tidak sama sekali memberi bayangan bahawa pengiriman telah terjejas.

Dalam pada itu, Press Metal menyatakan bahawa keuntungan bersih syarikat telah melonjak tiga kali ganda kepada RM255.58 juta pada suku kedua berbanding RM90.07 juta.

Pendapatan syarikat juga menokok 52.22% menjadi RM2.64 bilion daripada RM1.73 bilion pada tahun lalu.

Kumpulan itu menjelaskan bahawa dividen interim kedua satu sen sesaham bakal dibayar pada 29 September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat