Saham Masuk Rali Sementara Hasil Perbendaharaan Capai Paras Tinggi

180

Indeks-indeks saham melonjak apabila pelabur mengambil alih saham yang terjejas sementara hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) capai paras tinggi ekoran isyarat hawkish Federal Reserve (Fed) selepas pelabur meneliti butiran minit mesyuarat FOMC.

Pasaran Wall Street dilihat mengembalikan keuntungan semasa sesi akhir dagangan dengan tumpuan pada Pfizer Inc yang melonjak 4.3% selepas syarikat perubatan tersebut menyatakan pembelian ReViral Ltd dalam perjanjian bernilai US$525 juta, pemerolehan ke-2 dalam masa kurang 6 bulan.

Pengarah urusan perdagangan ekuiti Wedbush Securities Los Angeles, Michael James, menyatakan pelabur kini memilih beberapa belian dan dalam 2 minggu lepas mereka telah berdagang dalam kecairan tunai yang tipis, maka ia menjadikannya lebih mudah untuk mempunyai pergerakan lebih besar ke atas atau ke bawah (volatile).

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 87.06 mata atau 0.25% pada 34,583.57, S&P 500 capai 19.06 mata atau 0.43% pada 4,500.21 dan Nasdaq Composite tambah 8.48 mata atau 0.06% pada 13,897.30.

Indeks STOXX 600 pan Eropah hilang 0.21% dan tolok saham MSCI seluruh dunia susut 0.11%.

Sementara itu, Presiden Fed St.Louis, James Bullard salah seorang pengundi dalam ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) berkata Fed dalam usaha membendung inflasi walaupun terdapat peningkatan dalam kadar gadai janji dan hasil bon kerajaan.

Ekoran itu hasil perbendaharaan AS melonjak seiring dengan jangkaan pengetatan dasar yang pantas oleh Fed dan bank pusat lain.

Hasil perbendaharaan 2 tahun-10 tahun tersebar apabila pelabur memberi fokus kepada kadar dan skop rancangan Fed untuk mengurangkan kunci kira-kiranya.

Hasil nota perbendaharaan 10 tahun naik 3.8 mata asas pada 2.647 manakala nota 2 tahun turun 4.5 mata asas pada 2.457%, meningkalkan sebaran 2-10 pada 18.72 mata asas.

Keluk hasil menyongsang minggu lepas telah memberi isyarat kepada sesetengah pelabur mengenai kemelesetan akan datang dalam 1 ke 2 tahun.

Ringkasan pasaran mata wang, indeks dolar naik 0.1% pada 99.823, paras tertinggi sejak May 2020 sementara Euro kekal pada $1.0878.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat