Saham Melonjak, Facebook Kini Bernilai AS$1 Trilion!

401

Nilai pasaran Facebook buat kali pertama mencecah AS$1 trilion selepas mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menolak dua tuntutan saman anti-percaya (anti-trust) terhadap firma teknologi gergasi itu.

Menurut Hakim James Boasberg, tuntutan pertama yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) adalah terlalu kabur.

Ujar Boasberg, dakwaan FTC tidak mencukupi dan gagal mengemukakan bukti yang kukuh yang menyatakan Facebook menyekat persaingan.

Selain itu, satu lagi tuntutan anti persaingan yang difailkan oleh gabungan 45 negeri turut ditolak kerana dakwaan yang dikemukakan telah berlaku terlalu lama.

Jelas Boasberg, gabungan itu tidak memberikan justifikasi yang munasabah tentang mengapa mereka menunggu selama 6 hingga 8 minggu untuk menyaman Facebook.

Kedua tuntutan berkenaan menggesa agar Facebook melepaskan pegangannya terhadap Instagram dan WhatsApp yang dimilikinya pada 2012 serta 2014.

Susulan itu, saham Facebook melonjak sebanyak 4.2% kepada AS$355.64.

Pada Mac lalu, Facebook menghantar petisyen kepada mahkamah Persekutuan di AS untuk menolak tuntutan saman FTC selain menyifatkan dakwaan FTC sebagai ‘tidak masuk akal’.

Facebook mengatakan FTC ‘mengabaikan realiti industri berteknologi tinggi yang dinamik dan berdaya saing’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat