Saham Menjunam Sementara USD Naik Susulan Kejutan Data CPI AS

347

Ukuran pasaran saham global menurun sementara US dolar meningkat pada Rabu selepas data inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) melonjak ke paras tertinggi sejak 1990 telah mencetus kemungkinan untuk Federal Reserve (Fed) akan mengetatkan dasar monetari lebih awal daripada jangkaan.

Data CPI meningkat 0.9% pada asas bulanan hasil peningkatan 0.4% pada September kerana keuntungan terbesar dalam 4 bulan memacu kenaikan tahunan pada 6.2%.
Ia merupakan kenaikan tahunan terbesarnya sejak November 1990 dan mengikuti lonjakan 5.4% pada September dan menurut ahli ekonomi Reuters telah meramalkan CPI keseluruhan meningkat 0.6%.

Indeks CBOE Volatility yang mengukur risiko pasaran Wall Street mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir 1 bulan.

Indeks MSCI dunia merosot 0.71% mengikuti penurunan di Wall Street sementara indeks STOXX 600 mencanak 0.22% semasa sesi penutupan tertinggi berikutan perolehan kukuh daripada sektor media dan tenaga.

Menurut data Refinitiv, keuntungan syarikat yang disenaraikan di STOXX 600 dijangka melonjak 60.7% pada suku ketiga kepada 104.4 bilion Euro ($120.7 billion) daripada tahun sebelumnya.

Indeks Dow Jones Industrial Average merosot 0.66%, S&P 500 menurun 0.82% dan Nasdaq Composite menjunam 1.66% hasil kemerosotan syarikat mega cap AS. Saham pertumbuhan jatuh 1.26% tetapi nilai saham hanya 0.29%.

Dolar melonjak susulan data CPI sementara Euro mencecah paras terrendah pada 16 bulan berbanding US dolar.

Indeks dolar yang mengukur mata wang US dolar meningkat 0.914% kepada 94.886.

Euro jatuh 0.97% pada $1.1479 sementara Yen naik 0.95% pada $113.9200.

Penanda aras hasil perbendaharaan 10 tahun AS meningkat 11.4 mata asas kepada 1.5630% pada sesi dagangan lewat hari Rabu selepas mencecah paras terendah 6 minggunya pada 1.4150% pada Selasa.

Hasil bon zon Eropah turut meningkat dengan penanda aras hasil 10 tahun Jerman naik 4 mata asas pada -0.243% melebihi paras terendah 7 minggunya pada -0.299% pada Selasa.

Harga minyak merudum kerana dolar meningkat selepas Presiden Joe Biden menyatakan pentadbiran AS sedang mencari jalan bagi mengurangkan kos tenaga semasa lonjakan inflasi yang mendatang.

Harga minyak mentah Brent jatuh $2.14 pada $84.64 setong dan harga minyak mentah AS susut $2.81 pada $81.34 setong.

Harga emas AS ditutup 1% lebih tinggi pada $1,848.30 per auns.

Bitcoin turun 1.64% pada $65,844.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat