Saham MPI Pamer Aksi ‘Ganas’ Pada Awal Dagangan Mingguan Untuk Capai RM9 Bilion

129

Saham pengeluar semikonduktor catat peningkatan sebanyak 3% untuk mencapai paras tertinggi pada sesi perdagangan Bursa Malaysia hari ini.

Lonjakan itu juga telah mendorong Malaysian Pacific Industries untuk memperoleh ‘durian runtuh’ dalam permodalan pasarannya sebanyak RM9 bilion.

Pada jam 9.21 pagi, harga saham MPI telah melonjak 2.65% atau RM1.18 untuk mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaharu di paras harga RM45.68.

Ketika mencapai paras ATH RM45.68, kumpulan itu memiliki permodalan pasaran sekitar RM9.05 bilion dengan sebanyak 15,600 saham diniagakan setakat ini.

Pada Jumaat lalu, pasaran MPI memperoleh permodalan pasaran sekitar RM8.81 bilion sebelum menutup sesi dagangan pada hari tersebut pada RM44.50.

Untuk pegetahuan, saham MPI telah mempamerkan kenaikan ke tahap semasa daripada paras harga RM9.10 sewaktu ditutup pada 20 Mac 2020.

Hal ini juga berkemungkinan dipengaruhi oleh faktor permintaan semikonduktor yang tinggi dalam menghasilkan produk yang berkaitan dengan komputer. Ini kerana sewaktu pandemik Covid-19, ramai pekerja yang bekerja di rumah dan menggunakan kaedah maya untuk berkomunikasi.

Menurut laporan pada 28 Mei 2021, hasil kewangan syarikat dilihat telah meningkat dengan pesat yang mana keuntungan bersihnya mencapai RM74.37 juta daripada RM22.05 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2021.

Manakala bagi kadar pendapatan syarikat juga menyaksikan lonjakan sebanyak RM526.63 juta daripada RM376.29 juta berbanding tahun lalu.

Secara keseluruhannya, MPI mencatat keuntungan bersih sebanyak RM152.99 juta daripada tahun lalu yang hanya mencapai RM128.33 serta pendapatannya yang memperoleh RM1.56 bilion berbanding RM1.49 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat