Saham ‘Netflix’ China Jatuh Kerana AS!

1,110

Saham perkhidmatan penstriman China yang persis seperti Netflix, iQiyi dilaporkan mengalami kejatuhan setelah Amerika Syarikat mendedahkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) melancarkan siasatan ke atas syarikat itu.

Siasatan tersebut didorong oleh laporan yang dikemukakan oleh Wolfpack Research pada bulan April yang lalu.  Berdasarkan laporan itu, iQiyi didakwa telah melakukan penipuan.

Oleh itu, iQiyi menyatakan bahawa SEC sedang meneliti rekod kewangan dan operasi tertentu dari 1 Januari 2018, serta dokumen yang berkaitan untuk menjalankan siasatan.

Tambahan daripada itu, siasatan tersebut dikhabarkan telah melibatkan para penasihat profesional untuk melakukan tinjauan dalaman terhadap beberapa tuduhan utama berpandukan laporan Wolfpack.

Hal ini demikian kerana Wolfpack Research mendakwa iQiyi telah menaikkan pendapatan 2019 sekitar 8 bilion yuan ($ 1,13 bilion) hingga 13 bilion yuan ($ 1,98 bilion) iaitu antara 27% hingga 44%. Di samping itu, Wolfpack turut melemparkan tuduhan bahawa syarikat penstriman video itu sengaja menambah jumlah dan perbelanjaan pengguna.

Berikutan dengan siasatan berkenaan, saham iQiyi yang disenaraikan oleh Nasdaq jatuh lebih dari 18% tetapi mampu untuk mengatasi beberapa kerugian tersebut. Saham syarikat itu mencatatkan penurunan sebanyak 12.36% pada saat akhir sesi dagangan.

Sementara itu, siasatan tersebut didorong oleh peningkatan pemeriksaan terhadap syarikat-syarikat China yang disenaraikan oleh Amerika Syarikat berikutan skandal Luckin Coffee awal tahun ini. Luckin Coffee China telah mengaku memalsukan jumlah jualan untuk tahun 2019. Oleh itu, syarikat berkenaan telah dikeluarkan dari Nasdaq pada bulan Jun.

Hal ini demikian kerana senat Amerika Syarikat telah meluluskan rang undang-undang pada bulan Mei yang lalu, untuk meningkatkan pemeriksaan pengauditan terhadap syarikat-syarikat China yang tersenarai di Wall Street, dengan ancaman untuk menyingkirkan mereka sekiranya gagal mematuhi undang-undang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat