Saham Nvidia Berjaya Tembus $1,000 Buat Kali Pertama, Industri AI Meledakkan Pasaran!

283

Saham terkenal Amerika Syarikat, Nvidia menembusi $1,000 buat pertama kalinya dalam sesi dagangan Rabu selepas pembuat cip itu melaporkan keputusan fiskal suku pertama tahunan melebihi daripada anggaran.

Laporan pendapatan suku tahunan Nvidia yang cemerlang memberi gambaran kekuatan teknologi AI telah mengubah pasaran dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Jensen Huang berkata permintaan tinggi pasaran dalam cip AI mendorong untuk mereka kekal teguh dan membuka peluang rancangan penciptaan cip yang lebih canggih dipanggil Blackwell.

Sementara itu, sahamnya meningkat 7% dalam perdagangan lanjutan. Nvidia juga berkata ia membahagikan sahamnya 10 kepada satu. Berdasarkan pergerakan selepas pasaran, saham itu bersedia untuk mencapai paras tertinggi baru pada Khamis.

Mereka menyasarkan jualan sebanyak $28 billion pada suku semasa. Wall Street pula menjangkakan pendapatan $5.95 per saham kepada hasil jualan $26.61 billion.

Pembuat cip itu melaporkan pendapatan bersih bagi suku lepas sebanyak $14.88 bilion atau $5.98 per saham berbanding $2.04 bilion dalam tempoh tahun sebelumnya.

Pada tahun lepas, Nvidia bergerak cemerlang selepas beberapa syarikat gergasi seperti Google, Microsoft, Meta, Amazon dan OpenAI membeli berbilion dolar unit pemprosesan grafik mereka di mana ketika itu ia merupakan cip termaju yang diperlukan untuk membangunkan industri AI.

Perniagaan terpenting dalam syarikat itu adalah penjualan cip AI serta alat-alat tambahan yang diperlukan untuk menjalankan pelayan AI.

Nvidia merupakan pembekal utama kepada syarikat besar dalam membina teknologi AI terutama sekali dalam membuat perkakasan untuk permainan 3D.

Syarikat itu juga menjual cip untuk kereta dan cip untuk stesen kerja grafik canggih yang kekal jauh lebih kecil daripada perniagaan pusat datanya. Ia melaporkan $427 juta dalam jualan visualisasi profesional dan $329 juta dalam jualan automotif.

Sebelum ini, mereka membeli balik sahamnya bernilai $7.7 bilion dan membayar dividen $98 juta pada suku tersebut. Nvidia juga berkata bahawa ia meningkatkan dividen tunai suku tahunannya daripada 4 sen per saham kepada 10 sen pada asas pra-pecah. Selepas pembahagian, dividen akan menjadi satu sen per saham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat