Saham Opcom Terus ‘Terbang’, Uji Semula Paras Tertinggi Sejak 2015

558

Setelah mempamerkan prestasi yang cemerlang pada sebulan yang lalu dengan memberi kejutan untuk mencatat peningkatan drastik sehingga 10 kali ganda pada jumlah dagangan sahamnya, hari ini sekali lagi, saham pengeluar kabel gentian optik iaitu Opcom Holdings Bhd kembali mencuri tumpuan apabila berjaya menembusi paras RM1 yang merupakan paras tertinggi pernah dicapai pada 2015.

Lonjakan drastik tersebut berkemungkinan disokong oleh berita mengenai pelaksanaan Jaringan Digital Nasional (JENDELA) di Perak yang mana ia bakal melibatkan pembinaan 171 menara telekomunikasi baharu dan peningkatan 1,754 pemancar komunikasi.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed menjelaskan bahawa ia akan melibatkan penyediaan akses gentian optik talian tetap ke 252,475 premis di Perak.

“Pelaksanaan JENDELA ini bakal menumpukan tumpan kepada proses membangunkan laman web baharu, menaik taraf stesen pemancar sedia ada ke teknologi 4G,” tambah Khairul Shahril.

Di samping itu, ia juga dijangka akan menyediakan akses gentian optik di premis seluruh negara sebagai persediaan untuk peralihan teknologi negara ke arah 5G.

Pada 11.31 pagi, harga saham Opcom kekal memacak sebanyak 7.21% menjadi RM1.19 setelah menguji paras RM1.28 dan sekali gus ia tersenarai sebagai kaunter kedua paling aktif didagangkan pada hari ini.

Opcom merupakan sebuah syarikat berhad swasta yang terlibat dalam pembuatan kabel gentian optik serta produk yang berkaitan dengan kabel dan telah diperbadankan di Malaysia pada November 1994.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat