Saham Pecca Muncul Sebagai Kaunter Paling Rugi

258

Saham Pecca Group Bhd catat kaunter paling rugi yang diperdagangkan di Bursa Malaysia pada hari ini walaupun menerima perkembangan positif pada 9 Ogos 2021.

Berdasarkan kepada perkembangan itu, Rentas Health telah memperoleh kontrak bernilai RM25.2 juta bagi membekalkan kit ujian tindak balas polimerase Covid-19 (PCR) kepada Kementerian Kesihatan.

Selain itu, syarikat tersebut juga ada mencadangkan untuk memperoleh 51% kepentingan dalam saham.

Pada 11.30 pagi, saham Pecca menjunam 39 sen atau 10.32% kepada RM3.39 dan menjadikan permodalan pasaran memperoleh RM637.32 juta.

Kaunter itu dibuka tinggi sebelum menyaksikan junaman ke paras terendah harian sekitar RM3.24 pada hari ini dengan mempamerkan sebanyak 1.48 juta saham bertukar tangan.

Setakat 11 Ogos, saham Pecca catat kenaikan melebihi 107.32% daripada RM1.64 yang pernah dicapai pada awal Januari.

Namun pada sebelum ini, Pecca juga telah memperoleh prospek positif untuk memperoleh keuntungan yang di luar jangkaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Rentas Health akan memberikan keuntungan setelah jaminan cukai tidak kurang dari RM23 juta untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 jun 2022.

Daripada pegangan Pecca sebanyak 51%, bahagian kumpulan ini berjumlah RM11.73 juta dan jauh lebih tinggi daripada keuntungan bersihnya sekitar RM8.39 juta.

Bagi sembilan bulan yang pertama, keuntungan bersih yang terkumpul adalah sebanyak RM19.21 juta.

Untuk pengetahuan, Rentas Health mula beroperasi pada Mac 2020 dan terlibat dalam membekalkan alat ujian Covid-19 dan peralatan pelindung diri (PPE).

Teoh Zi Yuen merupakan anak syarikat pengarah urusan kumpulan Pecca, Datuk Teoh Hwa Cheng berkata syarikat itu percaya bahawa permintaan untuk topeng, PPE dan produk berkaitan Covid akan terus kukuh.

“Dalam pada itu, kami akan mendedikasikan usaha untuk R&D (penyelidikan dan pengembangan) untuk mempertahankan keunggulan kompetitif yang kuat serta terus memimpin dalam inovasi produk,” katanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat