Saham Pos Malaysia Parah, Catat Penurunan Terendah 17 Tahun!

2,102

Harga saham Pos Malaysia Bhd pada ketika ini telah mencatatkan kemerosotan sehingga ke paras paling rendah dalam tempoh 17 tahun.

Ini adalah susulan syarikat itu menyatakan bahawa kerugian bersih bagi suku kedua catat kenaikan ketara kepada RM121.84 juta berbanding RM19.02 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Pada 10.03 pagi, saham Pos Malaysia diperdagangkan 3.09% atau 2.5 sen lebih rendah kepada 78.5 sen.

Ketika mencapai harga 78.5 sen, Pos Malaysia memiliki nilai pasaran sekitar RM614.48 juta berdasarkan kepada 782.78 juta saham terbitan syarikat.

Di samping itu, pendapatan syarikat juga telah susut kepada RM533.89 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021 berbanding RM606.08 juta pada tahun lalu.

Pos Malaysia menjelaskan bahawa prestasi lemah itu adalah disebabkan hasil rendah dalam segmen pos yang turun 9% berikutan kemerosotan perkhidmatan pos.

Faktor itu juga dipengaruhi oleh pengurangan kuantiti surat dan kiriman bungkusan yang dikendalikan terutamanya daripada pelanggan kontrak.

Kerugian bersih Pos Malaysia pamer peningkatan sebanyak RM168.63 juta daripada RM68.24 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Manakala hasil pendapatan syarikat jatuh kepada RM1.13 bilion berbanding RM1.16 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat