Saham Silvergate Junam 50%! Adakah Kripto Puncanya?

160

“Lepas kriss FTX ramai pula yang terkesan, agak-agak bila la musibah ni nak tamat.”

Saham Bank Silvergate Capital yang memfokuskan mata wang kripto menghadapi penerjunan sebanyak 50% apabila dilaporkan terdapat pengeluaran sejumlah besar aset digital.

Hal ini berikutan kerana jumlah deposit oleh pelanggan pada suku keempat 2022 mencatatkan kejatuhan sekitar 68% pada $3.8 bilion berbanding sebelum ini pada $11.9 bilion.

Rentetan itu, bank tersebut bertindak menghentikan sekitar 200 pekerja dan membelakangani sektor mortgage warehouse lending*.

*Pengaturan pembiayaan jangka pendek yang dilanjutkan oleh institusi kewangan kepada pemula gadai janji untuk menyediakan dana bagi penutupan pinjamannya

Malah, rancangan Silvergate untuk melancarkan penyelesaian pembayaran berasaskan blockchain mungkin tidak akan dapat dilaksanakan lagi berikutan rintangan yang dihadapinya kini.

Kejadian berikut dimaklumkan berlaku semasa pelanggan Silvergate, iaitu syarikat exchanger kripto FTX mengalami kemusnahan dalam sekelip mata dan menyebabkan para pelabur mula kurang percaya terhadap aset digital.

Namun, Silvergate akan mengambil pelbagai langkah baharu untuk kekalkan kecairan (liquidity) tunai mereka, tegas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Silvergate, Alan Lane.

Tambahnya lagi, seorang pelanggannya yang memfailkan bankrap didapati memegang sebanyak $150 juta daripada deposit bank tersebut pada akhir Disember lepas.

Sebagai rekod, saham Silvergate dalam pasaran saham Amerika Syarikat (AS) menyaksikan penyusutan 50% sejurus selepas mendaki 27% pada hari Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat